Sahabatku,
Sampailah sudah pertemuan kita pada kali ini. Alhamdulillah di atas segala kesempatan yang dianugerahkan Ilahi. Ampunkan kesalahan aku sahabat sekiranya banyak pertuturanku yang tiada batasan. Ku ampunkan dan segalanya dihalalkan. Sekiranya ada jodoh kita bersua lagi.
Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang,Bolehlah kita berjumpa lagi .
Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara Nampak esok jangan rindu-rinduan
Hari ini menanam jagung, Hari esok menanam serai; Hari ini kita berkampung, Hari esok kita bersurai.
Orang Aceh sedang sembahyang, Hari Jumaat tengah hari; Pergilah kasih pergilah sayang Pandai-pandai menjaga diri.
Harum sungguh bunga melati, Kembang setangkai waktu pagi; Hancur sungguh rasa di hati,Sedang berkasih ditinggal pergi.
No comments:
Post a Comment